Monday, March 30, 2009

Langkah 13: Menyusun papan



Macam hampir kan siapa sudah, tapi awas papan atu belum belantak lagi, percubaan saja tu....... ilang rasa sakit badan meliat projek 80% siap.
Macamana ok kah.

Step 12: Masukkan simen




Simen mesti di taruh supaya rumput nda tumbuh. Karang menyelitnya di lubang antara papan, payah lagi. Baik tah disimen dulu. Besusah dahulu, besenang kemudian.

Step 11: Masang tanda kan menaruh campuran simen






Ada jua becacakan poin ketinggian simen atu. Sekurang-kurangnya air mengalir ke longkang. Nda jua betakong.

Step 10: Mengecat Papan




Mengecat papan lantai, Kolaberatif antara anak dan bapa. Baik jua ada papan dari Luak. Kitar semula kayu yang ada. Labih kurang 40 keping papan yg di perlukan. Terima kasih

Step 9



Mula menaikkan bata untuk air terajun. Plat pertama jua di buat, main bahampaikan saja papan atu.

Step 8:



Udak kering, buak semua kayu. Nda sabar kan meliat hasilnya.
Macamana ok kah.

Step 7: Masang Sebalah kiri

Sebalah kanan sudah kering, Buka dan pasang lagi disebelah kiri. Berasa jua mencampur simen, pasir & batu atu. Kancang urat ulihnya.

Step 6



Campuaran dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan. Macam mbuat bim saja.
Macamana ok kah.

Stpe 5





Buat cahang-cahang dibuat menahan campuran konkrit.

Step 4: Base



Bermulalah agenda bemain simen, pasir dan batu. Campuran 1,2,4 rasanya sesuai. 2 urang enginer udah dirujuk. Tagap kaliahh

Step 3



Petang, lepas hujan berhenti, sambung semula projek. Kedalaman 1-1.5 kaki udah cukup. Ndak perlu dalam gilak.

Step 2: Menggali kolam




Walaupun keluasan hanya lebihnkurang 3 x 4 kaki, tapi berasa jua menggalinya. Sakit punggung. Projek terhenti seketika hujan turun.

Step 1: Mengenalpasti lokasi




Mengenalpasti lokasi yang sesuai membuat kolam. Kawasan ini sahaja yang difikirkan sesuai. Lagipun semadi kucing selalu membuang sisi buangannya di sini, lebih baik buat sesuatu yang berfaedah. Macamana ok kah.